Thursday, September 3, 2009

Berpoligami

salam,
saya seorang wanita, seorang isteri dan seorang ibu.

secara dasarnya saya tidak bersetuju apabila ramai pihak, terutama kaum sejenis saya yang menentang poligami kerana ia merupakan hukum Allah.Poligami itu adalah suatu kelebihan yang Allah berikan kepada kaum lelaki, TETAPI BUKANLAH BOLEH DIPERGUNAKAN DENGAN SEWENANG-WENANGNYA.

Kita seharusnya tidak bercakap mengenai keburukan berpoligami kerana itu adalah syariat yang ditentukan oleh Allah Yang Maha Mengetahui.Keburukan yang kita nampak itu sebenarnya adalah pengaruh emosi diri kita semata-mata.Tetapi apa yang harus dibincangkan ialah BAGAIMANA UNTUK BERLAKU ADIL didalam sesuatu poligami itu.

amat mengecewakan apabila ada wanita yang dengan rasa sombong menolak poligami itu semata2 kerana dia merasakan suaminya adalah miliknya secara mutlak, dia lupa yang bukan shj suaminya, tetapi dirinya juga adalah milik,Allah Azza wajalla

Sekalipun saya sendiri tidak pernah merasakan pahit manis berpoligami, saya percaya, jika kita meletakkan dan menyerahkan jiwa kita kepada Allah Rabbil 'Alamin, tidak ada apa yang akan menyekat kita dari menikmati kebahagiaan dunia dan akhirat, insyaallah.

12:32 PM

1 comment: